POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan
kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1mm
atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah
lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak
yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan
bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan
makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli
tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima
masuk ke dalam kepala.
Percayalah
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan
dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita
atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat
dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan
hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu,
sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu
dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan ,
Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau
memakai
cincin pakailah di jari :
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari :
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum
yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi
Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun
perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan
juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di
dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah
Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG
BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika
memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب
الأصابع عند القص شيء
من الأحاديث .... وقد أنكر ابن
دقيق العيد الهيئة التي
ذكرها الغزالي ومن تبعه
وقال : كل ذلك لا
أصل له ، وإحداث
استحباب لا دليل عليه
، وهو قبيح
عندي بالعالم ، ولو
تخيل متخيل أن البداءة
بمسبحة اليمنى من أجل
شرفها فبقية الهيئة لا
يتخيل فيه ذلك . نعم
، البداءة بيمنى
اليدين ويمنى الرجلين له
أصل وهو (كان يعجبه
التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong
kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong
kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan
berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia
suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu
yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku
dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka
jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya!
memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana
Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
wallahu
a'lam.
AZAB ALLAH BAGI YANG ABAI TANGGUNGJAWAB
Terlalu mengejar nikmat dunia sehingga manusia lupa tegah amal makruf, nahi mungkar
APABILA terjadi bencana alam, kemarau panjang, krisis politik,
runtuhnya ekonomi dan terancamnya keselamatan dalam negara sehingga
terjadi peperangan dan kejahatan yang menakutkan, apakah terdetik di
hati kita amaran tegas al-Quran yang bermaksud: "Dan begitulah azab
Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat
zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras."
(Surah Hud ayat:102)
Kemudian hati kita mula bertanya, apakah kesilapan dilakukan
umat Islam yang turut sama terbabit dalam kebinasaan itu. Mungkinkah
diri kita salah satu penyebab turunnya azab Allah kepada umat ini?
Sebagai individu Muslim yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan
umat, adakah cukup masa, tenaga, harta dan ilmu yang dicurahkan untuk
memastikan azab Allah tidak turun ke atas masyarakat kita?
Atau sebaliknya kita menjadi individu lemah yang terumbang-ambing
dengan keadaan semasa yang melalaikan? Mungkinkah kita tersesat dalam
arus dunia yang sentiasa merangsang nafsu? Alangkah indahnya nasihat
Qais bin Hazm kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, manusia yang
paling berkuasa di bumi pada zamannya.
Khalifah Sulaiman bertanya: Mengapa kami membenci akhirat
dan mencintai dunia wahai Qais? Qais menjawab: "Kerana engkau sudah
memakmurkan duniamu dan menghancurkan akhiratmu sehingga engkau enggan
berpindah dari kemakmuran kepada kehancuran."
Apabila umat terlena sepanjang malam kerana keletihan memuaskan
nafsunya sepanjang siang, bermaksiat secara terang-terangan, tiada lagi
sifat malu menderhaka kepada Allah, menentang perintah al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW, merapati kehendak syahwat serapat-rapatnya dan
melanggar semua batasan agama dengan berani dan biadab, maka tunggulah
amaran Allah selanjutnya sebagaimana yang pernah terjadi pada beberapa
kaum sebelum mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kaum Saba'
ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua ladang
di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan):
"Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan
bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan
(Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun.
"Tetapi mereka berpaling, maka kami datangkan kepada mereka
banjir besar dan kami ganti kedua ladang mereka dengan dua ladang yang
ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon 'Atsl dan sedikit
dari pohon Sidr. Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka kerana
kekafiran mereka dan kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu),
melainkan hanya kepada orang yang sangat kafir. (Surah Saba ayat:
15-17).
Ibnu Kathir menyatakan Allah SWT mengurniakan setiap orang
di negeri Saba dengan dua buah taman di sebelah kanan dan kiri
rumah mereka. Dipenuhi dengan buah lazat dan manis, air jernih, burung
yang indah dan kehidupan yang sangat aman dan sejahtera. Tetapi mereka
tidak mensyukuri Allah malah berpaling dan terang-terangan bermaksiat.
Apakah Allah Taala perlu menurunkan Malaikat untuk menyeksa mereka?
Tidak. Bahkan Allah menghina mereka dengan hanya mengirimkan tikus yang
mampu merobohkan empangan air kebanggaan mereka, akhirnya empangan
pecah dan berlaku bah, sehingga ia memusnahkan segala-galanya.
Sebagaimana Allah membunuh Namrud bin Kan'an dengan mengutus seekor
nyamuk saja. Begitulah azab menimpa kaum yang mengganti nikmat Allah
dengan kekufuran.
Jiwa manusia hanya akan tersedar setelah melalui goncangan
hebat bernama musibah. Bersyukurlah jika amaran kecil hinggap mengusik
hati kita supaya kembali kepada Allah. Jangan sampai tiada lagi peluang
sampai azab yang besar datang tanpa diundang menjemput nyawa yang
terkandung dalam badan.
Sesungguhnya azab Allah yang turun pada hakikatnya
disebabkan kerana dua kelalaian manusia sebagaimana yang dinyatakan
dalam al-Quran iaitu fitnah harta dan tidak tegaknya amar makruf nahi
mungkar dalam masyarakat.
Maksiat dan penderhakaan manusia biasanya dipengaruhi ujian
harta seperti dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan jika
Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada
orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi
mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya
berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan
negeri itu sehancur-hancurnya." (Surah Al-Isra' ayat: 16)
Makna daripada perkataan maka Kami perintahkan kepada orang
yang hidup mewah adalah; Allah SWT memperbanyak jumlah orang yang
mengecap kemewahan lalu dengan itu mereka menderhakai Allah. Berapa
ramai manusia yang mampu menahan fitnah hidup selesa, makin kaya makin
lupa daratan, bertambah duit bertambah keji penderhakaan yang
dilakukan. Ibadat dikala susah tidak bersambung saat harta melimpah,
dunia menjadi rebutan sedangkan agama tidak lekat di ingatan. Mereka
membangun istana dunia dengan puing keruntuhan akhirat.
Maksiat bermula daripada kesibukan mengejar dunia lalu
akhirat kabur daripada ingatan. Berpisahnya hati dari Allah kerana leka
dengan nikmat dunia. Ramai yang keletihan menikmati dunia hingga
hatinya tak terkesan dengan al-Quran. Ibadat tidak menjadi agenda
utama, ilmu jauh sekali menjadi matlamat apatah lagi berkorban untuk
agama jauh panggang dari api. Tiada fokus memandang akhirat, yang ada
hanya dunia bergemerlapan.
Kesilapan manusia mengundang azab yang kedua adalah tumpulnya
semangat 'amar makruf nahi mungkar' seperti firman Allah yang
bermaksud: "Telah dilaknati orang kafir dari Bani Israil dengan lisan
Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka
derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak
melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat
buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu." (Surah al-Nisa ayat:
78-79)
Apabila suami enggan menegur isteri, ibu bapa takut menasihat
anak-anak, guru tidak ambil peduli, pemimpin masyarakat tidak ikhlas
berbakti, ahli politik hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan,
cerdik pandai menjadi penakut dan ulama membisu dan membutakan mata
melihat kemungkaran, maka siapakah yang dapat menolong diri mereka
daripada kehancuran dan azab Allah?
Kedua-dua fitnah ini sentiasa datang pada setiap umat yang
dilahirkan, hanya mereka yang beringat saja mampu menyelamat diri,
keluarga, masyarakat dan umat manusia seluruhnya.
MANFAAT BERSAMA
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak
dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku
berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin
itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu
membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke
masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan 5.aku bayangkan
pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap
bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham
maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan
penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana
membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini
kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan
ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut
Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang
dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal
sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya.
Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit
angina ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau
bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot
tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan
ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari
Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat
yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi
menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada
pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah
vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam
mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang
menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis
tersumbat. Keadaan ini
berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan
rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana
udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian
kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat
yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam
sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi
maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka
yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21
peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan
jarak jauh menaiki kapal terbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan
darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut
boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di
dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin
ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus
berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada
pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang
ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak
atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri
paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan
jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam
paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa
metabolisme.
Arteri membawa darah
yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang
oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh
mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di
situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat
‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan.
Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh
bahagian paru-paru.
Simptom:
1. Cepat penat.
2. Mengah.
3. Sakit dada.
4. Denyutan nadi laju.
5. Lemah di bahagian kaki.
6. Kurang selera makan.
7. Batuk.
8. Nafas pendek sama ada dalam
keadaan rehat atau aktif.
Cegahan:
1. Stokin untuk mengelakkan
berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi
untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2. Perbanyakkan gerakan
terutama di bahagian kaki.
3. Elakkan meminum airbatu.
4. Elakkan membuka hawa dingin
terlalu sejuk.
5. Sentiasa meminum air panas.
6. Amalkan bersenam.
Rawatan:
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah
beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku
sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang
baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan
menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh
dengan enzim yang bertindak memecahkannya)